Tugasan Skuad Muda JPJ Bermula Tahun Depan - KP JPJ

Diterbitkan: Ahad, 1 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengerakkan kira-kira 15,000 anggota Skuad Muda 1JPJ, bagi melaksanakan tugasan pertama mereka menjelang sambutan Tahun Baru Cina, Februari depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, ia bagi membolehkan anggota skuad membantu dalam tugasan penguatkuasaan anggota JPJ di seluruh negara.

Katanya, skuad muda yang mula ditubuhkan Ogos lepas berperanan melaporkan salah laku pengguna jalan raya pada sepanjang musim perayaan itu.

"Dengan penglibatan mereka (Skuad Muda 1JPJ) sekali gus dapat membantu pihak penguasaan dan dapat mendisiplin dan mendidik masyarakat serta pemandu untuk mematuhi peraturan jalan raya," katanya kepada pemberita selepas menutup Program 1Komuniti 1JPJ (SKSJ) daerah Marang di sini, Ahad.

Menurutnya, skuad ini akan ditempatkan di setiap 50 kilometer di beberapa lebuh raya utama di seluruh negara dan setiap 30 kilometer bagi jalan negeri atau jalan Persekutuan.

Katanya, Skuad Muda JPJ yang disasarkan disertai 300,000 belia menjelang hujung tahun 2014, akan turut membantu membendung kegiatan rempit di kalangan belia di negara ini.

"Skuad ini akan bersama kita ketika menganjurkan program atau sekatan jalan raya bagi mendekati pemuda dan mencegah mereka daripada terjebak dengan gejala merempit," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata kira-kira 15,000 penduduk di kawasan pedalaman berusia 45 tahun ke atas mempuyai lesen menerusi program 1 Komuniti 1 JPJ (SKSJ).

Ismail berkata, program yang bermula sejak tahun 2009 itu diperkenalkan bagi membantu warga emas dan Orang Asli mendapat lesen memandu percubaan (P) bagi menunggang motosikal.

Katanya, sejak dilancarkan empat tahun lalu, seramai 59,299 calon daripada 143 program telah menerima Lesen Memandu Percubaan (P) untuk motosikal.

"Program SKSJ ini kita adakan tiga kali setahun di seluruh negeri bagi membantu golongan ini memperoleh lesen, menerusi program ini mereka tidak perlu menduduki ujian komputer namun hanya akan diuji secara lisan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan