Survival MCA Pada PRU-14 Bergantung Kepada Kepimpinan Baharu

Diterbitkan: Ahad, 1 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Survival MCA pada pilihan raya umum yang akan datang bergantung kepada barisan kepimpinan baharu yang dilantik pada hujung bulan ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata kepimpinan tersebut harus berupaya menggesa semua ahlinya untuk menyokong Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dijangka diadakan pada 2017 atau 2018.

Beliau berkata bilangan pengundi Cina yang menyokong BN pada dua pilihan raya umum terdahulu adalah jauh berkurangan berbanding satu juta ahli MCA.

MCA, parti komponen BN kedua terbesar, hanya memenangi 18 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada kali ini berbanding 46 kerusi pada 2008 dan 107 kerusi pada 2004.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan