Pemilihan Kepimpinan MIC Peringkat Negeri Diadakan Menjelang 2015 - Palanivel

Diterbitkan: Ahad, 1 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel pada Ahad berkata, parti itu bercadang mengadakan pemilihan bagi kesemua kepimpinan negeri menjelang 2015.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan memastikan demokrasi terus subur dalam parti di semua peringkat.

"Kami akan meminda perlembagaan parti untuk membawa semula pemilihan parti di peringkat negeri bagi memastikan demokrasi terus subur dalam parti.

"Tanpa demokrasi, parti tidak dapat bertahan. Kita mesti memberi keutamaan kepada masa depan parti," katanya ketika menggulung perbahasan ucapan presiden pada persidangan agung tahunan (AGM) MIC ke-67 di sini, Ahad.

MIC mengadakan pemilihan bagi kesemua kepimpinan negeri dalam tahun 1980-an.

Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata beliau juga berhasrat agar lebih banyak anggota baharu diambil menganggotai parti dan bukannya mewujudkan lebih banyak cawangan.

Mengulas tentang pemilihan tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat, Palanivel semua calon yang kalah dan menang perlu mengetepikan perbezaan mereka serta berganding bahu ke arah kebaikan parti.

Selain proses pemilihan yang berjalan lancar, beliau berkata perwakilan pada AGM itu memberi input berguna menerusi resolusi mereka yang kemudiannya diterima pakai pada AGM berkenaan.

AGM dua hari itu melabuhkan tirai pada Ahad dengan Palanivel menasihati pemimpin agar mengubah tanggapan bahawa MIC menjadi 'parti boneka' dalam usaha meraih kepercayaan dan rasa hormat masyarakat India.

"MIC bukan parti milik seorang sahaja. Ia parti milik semua orang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan