Najib Rasmi Mesyuarat Agung MIC Ke-67

Diterbitkan: Ahad, 1 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad merasmikan mesyuarat agung tahunan MIC ke-67 di Hotel Equatorial di sini.

Terdahulu ketibaan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada 10.15 pagi disambut Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel, timbalannya Datuk Seri Dr S.Subramaniam serta pemimpin kanan MIC yang dimeriahkan dengan paluan muzik tradisional masyarakat India.

Selepas ucapan dasar Palanivel, Najib menyampaikan ucapan perasmian di hadapan lebih 3,000 perwakilan, anggota parti serta pemerhati.

Najib turut dikalungkan dengan bunga malai oleh Palanivel sambil diberi tepukan gemuruh oleh mereka yang hadir.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Setiausaha Agung B Ndan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas presiden MIC yang kini merupakan Duta Khas (Infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S.Samy serta para pemimpin parti komponen BN.

Mesyuarat agung tahunan MIC selama dua hari mulai semalam menyaksikan pemilihan parti berlangsung semalam untuk tiga jawatan naib presiden serta 23 jawatan Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Dalam ucapan perasmian, Najib turut mengucapkan selamat pagi dalam bahasa Tamil yang berbunyi "Unggal Ellarkum Kaalai Vanakam".

Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada Palanivel dan Dr Subramaniam yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti serta kepimpinan tertinggi yang dipilih Sabtu.

"Mudah-mudahan barisan kepimpinan MIC baharu ini mampu pacu MIC ke hadapan dengan lebih berjaya lagi," katanya.

Selepas makan tengah hari, mesyuarat diteruskan dengan pembentangan usul serta perbahasan diikuti ucapan penggulungan presiden. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan