MT Umno: Saya Masih Belum Buat Keputusan - Ustaz Kazim

Diterbitkan: Ahad, 1 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pendakwah bebas, Ustaz Mohammad Kazim Elias semasa sidang media sebelum berceramah pada Malam Ceramah Maal Hijrah bertajuk 'Hijrah' di Taman Kejiranan Air Panas, Kuala Lumpur, malam Sabtu. -fotoBERNAMA
Pendakwah bebas, Ustaz Mohammad Kazim Elias semasa sidang media sebelum berceramah pada Malam Ceramah Maal Hijrah bertajuk 'Hijrah' di Taman Kejiranan Air Panas, Kuala Lumpur, malam Sabtu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias berkata beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mohammad Kazim berkata sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.

"Saya mahu jaminan apakah bila menyertai Umno, tugas dakwah saya kepada masyarakat tidak terhalang.

"Saya juga mahu tahu apakah tangan saya akan terikat, mulut saya terkunci untuk menegur apa-apa juga kesalahan seperti mana sekarang saya bebas menegur tanpa apa sekatan. Kalau itu jaminannya maka saya boleh bekerjasama," katanya kepada pemberita sebelum menyampaikan ceramah agama di Dataran Seri Semarak, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini, malam Sabtu.

Beliau berharap pertemuan dengan Najib, yang juga Presiden Umno, dapat diadakan pada masa yang sesuai.

Mohammad Kazim berkata Najib sebelum ini telah menelefonnya bagi memaklumkan tentang kedudukannya dalam saf kepimpinan Umno, serta membantu menyebarkan ajaran Islam dalam parti itu serta kepada masyarakat.

Katanya sikap keterbukaan Najib menjemput beliau menyertai barisan kepimpinan Umno itu membuktikan perdana menteri serius untuk membawa transformasi dan meluaskan peranan pendakwah dalam parti itu.

"Saya melihat ini satu bentuk pendekatan Umno untuk menyatupadukan Islam. Saya harap semua pihak pandanglah ini sebagai satu benda yang baik. Padanglah sebagai satu usaha untuk melihat agama didahulukan," katanya.

Namun, kata Mohammad Kazim, buat masa ini, beliau lebih selesa untuk bergerak sebagai pendakwah bebas.

Pernah menyertai PAS sebelum ini, beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan sikap parti itu yang tidak pernah memanggilnya untuk sama-sama berdakwah dalam parti itu.

"Sebenarnya apabila perdana menteri memanggil saya untuk memasuki Umno, ini adalah sesuatu yang memalukan kepada PAS kerana mereka (PAS) tidak pernah terbuka kepada saya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan