MIC Garis Tujuh Resolusi Tingkat Taraf Pembangunan Sosio Ekonomi Kaum India

Diterbitkan: Ahad, 1 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Perhimpunan Agung MIC ke-67 pada Ahad meluluskan tujuh resolusi untuk meningkatkan taraf pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India di negara ini.

Resolusi itu terdiri daripada aspek pemilikan ekuiti, akses kepada pembiayaan, peluang kontrak, pembangunan usahawan, rancangan pembangunan ekonomi yang lain, transformasi masyarakat India dan mempertingkatkan bilangan pelajar di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).

Resolusi itu yang dibentangkan Timbalan Presiden MIC merangkap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam, turut mencadangkan kerajaan menubuhkan unit khas transformasi ekonomi kaum India di bawah Kementerian Kewangan atau di Unit Perancangan Ekonomi.

Unit itu bertujuan menyelaras dan memantau segala peluang yang diberikan kepada kaum India, antaranya termasuk pemberian lesen khas, pinjaman khas dan peluang dalam skim perolehan kerajaan.

"MIC mengalu-alukan usaha kerajaan dalam transformasi ekonomi negara secara amnya dan bantuan serta peruntukan yang diberikan kepada kaum India, untuk berdaya saing dengan kaum-kaum lain," katanya.

Resolusi kedua adalah mempertingkatkan bilangan pelajar di SJKT dengan mengadakan kerjasama mampan antara MIC dan badan bukan kerajaan untuk memastikan sekurang-kurangnya 65 peratus daripada murid-murid India di sekolah rendah mengikut pelajaran mereka di SJKT menjelang 2018.

Dr Subramaniam turut mencadangkan peningkatan peluang pekerjaan di sektor awam supaya ia boleh mencerminkan masyarakat majmuk di negara ini, dan berusaha untuk memastikan 20 peratus daripada penjawat awam dalam negara ini.

Bagi kemudahan perumahan pula, Dr Subramaniam menyeru kerajaan mewujudkan satu skim khas untuk menyediakan skim kemudahan perumahan kepada pekerja ladang dengan syarat kelayakan yang lebih longgar.

Resolusi itu turut menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan menaruh kepercayaan yang berterusan di atas kepimpinan beliau untuk menjayakan agenda transformasi negara menjelang tahun 2020.

Resolusi itu disokong sebulat suara oleh para perwakilan yang hadir di mesyuarat dua hari yang dirasmikan Najib. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan