Lima Ajaran Sesat Aktif Dikesan - Berita Semasa | mStar

Lima Ajaran Sesat Aktif Dikesan

Diterbitkan: Ahad, 1 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Lima daripada 81 kumpulan ajaran sesat yang dikenal pasti, didapati bergerak aktif di seluruh negara, demikian menurut Pengerusi Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia, Abu Syafiq Mohd Rasyiq Mohd Alwi.

Beliau berkata, lima kumpulan tersebut adalah ajaran Syiah, al-Arqam, Hizbut Tahrir, Wahabi dan Tarikat Naqshabandi.

Katanya, kumpulan ajaran sesat yang aktif di Perlis, Kedah, Johor, Perak dan Selangor itu mempunyai puluhan ribu pengikut.

"Ajaran sesat ini sukar untuk dikenal pasti tetapi kita boleh mengesannya berdasarkan tingkah laku dan amalan mereka.

"Pada masa kini mereka lebih cenderung menggunakan laman sosial untuk menyebarkan fahaman yang bercanggah dengan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah dengan mensasarkan golongan muda terutamanya penuntut institusi pengajian tinggi," katanya.

Abu Syafiq bercakap kepada pemberita selepas program Ceramah Kelebihan Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Kuantan di sini, Ahad. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan