Donald Lim Umum Tanding Presiden Atau Timbalan Presiden MCA Pada Selasa

Diterbitkan: Ahad, 1 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim Siang Chai pada Ahad berkata keputusan sama ada beliau akan bertanding jawatan presiden atau timbalan presiden MCA pada pemilihan parti kali ini hanya akan diketahui pada Selasa.

Lim berkata beliau akan membuat pengumuman rasmi pada kira-kira 10 pagi hari berkenaan di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini.

"Yang pasti sama ada (tanding jawatan) presiden atau timbalan presiden, tunggu dan lihat sahaja," katanya.

Pemilihan MCA akan diadakan pada 21 Disember ini.

Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, Naib Presiden Gan Ping Sieu dan bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat sebelum ini telah mengumumkan hasrat bertanding jawatan presiden.

Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong pula pada Rabu lepas mengumumkan beliau akan bertanding kerusi timbalan presiden.

Lim pernah bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan MCA pada 2008.

Pertandingan tiga penjuru yang turut melibatkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Datuk Seri Ong Ka Chuan itu menyaksikan Dr Chua memenangi jawatan berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan