BN Bangunkan Masyarakat India Secara Berterusan - Najib

Diterbitkan: Ahad, 1 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membangunkan masyarakat India dan ia merupakan proses berterusan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha memastikan pengagihan kekayaan negara dilakukan secara adil dan saksama serta bersifat inklusif kepada semua masyarakat.

"Sebagai sebuah kerajaan kita sentiasa mengusahakan untuk memastikan dasar-dasar negara yang ditunjangi BN merupakan dasar-dasar yang lebih adil, saksama dan pengagihan kekayaan dan peluang dalam semua lapangan bersifat lebih inklusif supaya setiap kelompok masyarakat tidak mengira majoriti atau minoriti akan merasakan di bawah BN mereka boleh mendapat masa depan lebih baik lagi," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-67 di sini, Ahad.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel, timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu.

Najib berkata beliau selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN bertanggungjawab mendengar pandangan dan cadangan dari semua parti komponen B Nserta rakyat Malaysia mengenai kekurangan atau kelemahan yang perlu ditambah baik. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan