Anak Lelaki Bekas Timbalan Presiden MIC Menang Jawatan CWC

Diterbitkan: Ahad, 1 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: S. Sunthar, anak lelaki bekas Timbalan Presiden MIC Tan Sri S. Subramaniam adalah antara calon yang terpilih menganggotai Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam pemilihan parti yang diadakan di sini malam Sabtu.

Sunthar, 34, antara 23 calon yang berjaya mendapat tempat dalam CWC, dengan memperoleh 729 undi.

Beliau sebelum ini dilantik menganggotai CWC, badan tertinggi pembuat keputusan dalam parti, oleh Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel.

Sunthar adalah timbalan ketua MIC bahagian Seputeh, yang pernah diterajui bapanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan, seorang lagi calon yang menang jawatan CWC, berkata keputusan yang dibuat perwakilan itu menunjukkan terdapat suara positif ke arah proses peremajaan semula parti itu.

"Saya harap semua pihak menerima keputusan dengan hati terbuka dan bekerja bersama-sama ke arah transformasi komuniti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan