AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terunggul Dunia

Diterbitkan: Ahad, 1 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia terus mendominasi industri penerbangan apabila dinobatkan sebagai 'Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terunggul Dunia' pada majlis penganugerahan berprestij 'World Travel Awards 2013' di Doha, Qatar.

Menurut kenyataan syarikat itu pada Ahad, AirAsia menerima undian tertinggi daripada anggota juri profesional dalam industri pelancongan dan menewaskan nama besar syarikat penerbangan seperti Air Arabia, Air Berlin, easyJet, JetBlue Airways, Precision Air dan Southwest Airlines.

Pengarah AirAsia Berhad Datuk Aziz Bakar mewakili syarikat penerbangan itu untuk menerima anugerah tersebut.

Pengerusi Eksekutif dan Pengasas Bersama AirAsia Datuk Kamarudin Meranun berkata anugerah itu membuktikan kekuatan jenama yang dicipta AirAsia, bermula sebagai sebuah syarikat Malaysia yang kini dikenali serata dunia sebagai jenama antarabangsa berinovasi.

"Pengiktirafan ini meletakkan 'jenama Malaysia' di persada dunia dan memacu misi kami untuk menjadikan Malaysia sebagai hab penerbangan terkemuka seperti Dubai," katanya.

Beliau menyifatkan menjadi tanggungjawab AirAsia untuk membantu membangunkan industri penerbangan negara, dan berharap usaha itu mendapat sokongan daripada kerajaan dan rakyat Malaysia.

Majlis penganugerahan 'World Travel Awards' diumpamakan seperti anugerah 'Oscar' kepada industri pelancongan dan memberikan pengiktirafan kepada syarikat, organisasi dan jenama yang berusaha untuk memajukan industri mereka.

AirAsia sebelum ini juga telah memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dari Skytrax untuk lima tahun berturut-turut dari 2009 hingga 2013. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan