Rakyat Malaysia Jadi Hamba Di London: Siti Aishah Beritahu Dia Gembira - Kakak - Berita Semasa | mStar

Rakyat Malaysia Jadi Hamba Di London: Siti Aishah Beritahu Dia Gembira - Kakak

Diterbitkan: Sabtu, 30 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Paparan skrin siaran berita Kamar Mautum mengenai adiknya Siti Aishah di 'Daily Telegraph'.
Paparan skrin siaran berita Kamar Mautum mengenai adiknya Siti Aishah di 'Daily Telegraph'.

PETALING JAYA: Menurut laporan oleh Daily Telegraph, Siti Aishah Abdul Wahab yang merupakan salah seorang daripada tiga wanita yang "diperhambakan" oleh satu pasangan di London, memberitahu kakaknya Kamar Mautum bahawa dia gembira dan disayangi semasa berada di London.

Kedua-dua adik-beradik itu berhubung selama 45 tahun sejak Aishah berpindah ke London.

Siti Aishah terputus hubungan dengan keluarganya dan hanya mengetahui mengenai ibu mereka meninggal dunia pada 1994.

Siti Aishah dipercayai berada di hospital selepas mengalami strok.

Kedua-dua beradik itu berpelukan dan menangis pada pertemuan mereka, Kamar Mautum berkata, adiknya menegaskan bahawa dia gembira dan mempunyai ramai kawan di London.

"Apabila saya bertanya kepadanya tentang apa yang telah berlaku dia hanya membisu. Satu-satunya perkara yang dia mahu saya untuk lihat adalah dia gembira. Dia memberitahu saya, 'Saya telah mendapat rakan-rakan di sini, saya bekerja di sini. Saya membuat kerja penting di sini', tetapi dia tidak boleh mendedahkan apa yang dia lakukan," Kamar memberitahu Daily Telegraph.

Siti Aishah juga berjanji bahawa selepas siasatan selesai dia akan pulang ke Malaysia.

Difahamkan dia tidak lagi fasih berbahasa Melayu.

Pertemuan itu dihadiri oleh kira-kira 10 pegawai polis dan wakil-wakil Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Sementara itu, aktivis Hishamuddin Rais, yang terbang ke UK dengan Kamar, memberitahu portal berita bahawa Siti Aishah kini menafikan yang dia diperhambakan dan gembira di UK.

Menurut Hishamuddin, Siti Aishah tidak berminat untuk kembali ke Malaysia secara tetap.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan