Prof Datuk Dr Mad Nasir Dilantik Timbalan Naib Canselor UPM

Diterbitkan: Sabtu, 30 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mad Nasir
Mad Nasir

KUALA LUMPUR: Pakar ekonomi pertanian dan sumber, Prof Datuk Dr Mad Nasir Shamsudin dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antrabangsa) Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa, esok (Ahad).

Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan berkata Mad Nasir, 57, yang merupakan Panel Perunding Pertanian Perbadanan Produktiviti Malaysia menggantikan Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris yang tamat tempoh pelantikannya Sabtu.

Pelantikan Mad Nasir yang telah membangunkan Unit Perancang Ekonomi Model Analisis Dasar Pertanian Malaysia pada tahun lepas, dipersetujui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan, menurutnya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Mad Nasir yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Mississippi State University, Amerika Syarikat pada 1985 dan Ijazah Sarjana Mudanya dengan Cum Laude dari Lousiana State University, Amerika Syarikat pada tahun 1980, memulakan karier di UPM sejak 28 tahun lalu sebagai pensyarah.

Beliau juga pernah menjadi dekan dua fakulti di UPM, iaitu Fakulti Pengajian Alam Sekitar selama lima tahun dari 2004 hingga 2009 dan Fakulti Pertanian dari 2009 hingga tahun lepas, kata Mohd Fauzi.

Mohd Fauzi berkata Mad Nasir pernah dilantik sebagai penyelidik dan perunding untuk Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994 hingga 1995 dan berjaya membangunkan Model Analisis Sektor Pertanian Malaysia.

Di peringkat antarabangsa pula, Mad Nasir merupakan ahli panel Pacific Food System Outlook Forecasting di bawah Pacific Economic Cooperation Council (PECC), katanya.

"Sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa), Mad Nasir bertanggungjawab bagi meningkatkan pembangunan akademik, termasuk menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran serta bertanggungjawab ke atas perkembangan dan promosi hal ehwal antarabangsa universiti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan