Pesalah Trafik Miliki Saman Tertunggak, Waran Tangkap Masih Diberi Peluang

Diterbitkan: Sabtu, 30 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin (dua, kiri) mengedarkan risalah Kempen Pencegahan Jenayah Komersil kepada orang ramai semasa merasmikannya di Kuala Lumpur, Sabtu. -fotoBERNAMA
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin (dua, kiri) mengedarkan risalah Kempen Pencegahan Jenayah Komersil kepada orang ramai semasa merasmikannya di Kuala Lumpur, Sabtu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menangkap pesalah trafik yang telah dikeluarkan waran tangkap serta mereka yang mempunyai saman tertunggak bagi memberikan mereka peluang menjelaskannya sebelum penguatkuasaan menyeluruh dilakukan dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata peluang itu diberikan sebelum Ops Warta dilancarkan tidak lama lagi.

"Tempoh peluang ini kita tidak akan dedahkan. Bila kita telah laksanakan penguatkuasaan menyeluruh nanti, mereka yang ada waran dan saman tertunggak kita akan terus bawa mereka ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen pencegahan jenayah komersial di sini, Sabtu.

Mengenai Ops Cantas Khas Sempadan, beliau berkata tumpuan akan diberi kepada pintu masuk sempadan negara bagi mengintip dan bertindak terhadap penyeludupan senjata api.

"Kita juga perlukan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat kepada polis (mengenai penyeludupan senjata api)," katanya mengulas laporan akhbar tempatan hari ini mengenai senjata api yang mudah lolos masuk di sempadan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan