Persiapan Perhimpunan Agung Umno 2013 Di Peringkat Akhir - Ab Rauf

Diterbitkan: Sabtu, 30 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ab Rauf Yusoh.
Ab Rauf Yusoh.

KUALA LUMPUR: Persiapan menjelang Perhimpunan Agung Umno 2013 Selasa ini berjalan lancar dan Umno kini bersedia sepenuhnya bagi mengendalikan perhimpunan tahunan terbesar parti itu.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, segala kerja dirancang secara rapi meliputi acara di dalam dan luar dewan bagi memastikan kelancaran perhimpunan.

Katanya, persediaan bagi acara luar dewan seperti menaikkan bendera Sang Saka Bangsa dan pemeriksaan perbarisan termasuk acara di dalam dewan berada pada tahap 90 peratus.

"Kita sedang dan akan berusaha untuk mengikut rancangan yang telah diatur bagi perhimpunan tahunan ini bagi mengelakkan kesuntukan masa seperti tahun-tahun sebelum ini.

"Oleh itu, kita tidak akan menambah slot baharu dan seberapa boleh mahu memberi ruang kepada pembahas untuk berbahas," katanya kepada pemberita pada akhir raptai acara luar dewan di pekarangan ibu pejabat parti di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Katanya, walaupun kesuntukan masa selepas menghadapi pilihan raya umum ke-13 Mei lalu dan pemilihan parti bulan lepas tetapi dengan kerjasama semua warga kerja yang terdiri daripada kakitangan ibu pejabat Umno yang berpengalaman, Umno kini bersedia sepenuhnya untuk menghadapi perhimpunan parti.

"Kita jangkakan kira-kira 200,000 pengunjung termasuk perwakilan dari seluruh negara menghadiri perhimpunan ini," katanya.

Selain itu, Ab Rauf berkata 1,700 petugas media dari dalam dan luar negara akan membuat liputan sepanjang perhimpunan selama lima hari bermula 3 Disember ini.

Seramai 150 anggota sayap yang terdiri daripada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno serta urusetia ibu pejabat parti terlibat mengadakan raptai penuh acara luar dewan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013.

Raptai itu berlangsung kira-kira tiga jam bermula 8 pagi dan diteruskan dengan raptai bagi acara di dalam dewan yang mengambil masa hampir dua jam.

"Kita dah lihat raptai acara luar dewan dan dalam dewan. Saya dapati daripada sudut persediaan memang memuaskan hati," kata Ab Rauf selepas selesai majlis raptai di Dewan Merdeka PWTC. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan