Pemilihan Ustaz Kazim Sebagai Anggota MT Untuk Bantu Mengenai Islam - Tengku Adnan

Diterbitkan: Sabtu, 30 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohammad Kazim
Mohammad Kazim

PUTRAJAYA: Pelantikan Ustaz Mohammad Kazim Elias sebagai Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dibuat supaya pendakwah terkenal itu dapat membantu Umno membetulkan kekurangan dalam parti mengenai Islam, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata walaupun terdapat banyak pakar berkaitan Islam dalam parti namun langkah ini penting memandangkan Umno sendiri adalah parti Islam terbesar di negara ini mengikut keanggotaan umat Islam paling ramai.

Pelantikan itu juga membuktikan Umno kini menuju transformasi apabila wakil agama, anak muda dan profesional dilantik sebagai anggota MT Umno, katanya dalam sidang media selepas program 'Back To School' di sini, Sabtu.

"Saya ada baca blog yang menuduh Uztaz Kazim hendak kedudukan dan wang, itu tidak betul, beliau dilantik untuk membantu memberi nasihat mengenai hal agama.

"Belum pernah ada dalam sejarah Umno, ada pelbagai wakil, ini menunjukkan tambahan ahli majlis adalah satu daripada transformasi Umno," kata Tengku Adnan yang mengumumkan pelantikan Ustaz Kazim antara sembilan orang sebagai Anggota MT Umno, Jumaat.

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata isu kenaikan cukai pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berlaku apabila terdapat salah faham mengenai maklumat yang ingin disampaikan oleh pegawai DBKL kepada penduduk setempat.

"Ini berlaku kerana terdapat jurang komunikasi, sebagai contoh notis kenaikan cukai pintu yang dikeluarkan hanya mencatatkan nilai hartanah baharu sahaja sedangkan warga kota juga perlu tahu nilai hartanah terkini bagi tujuan perbandingan," katanya.

Terdahulu beliau menyampaikan bantuan persekolahan RM100 dan beg sekolah kepada 610 kanak-kanak dari sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan