Pemilihan MIC: Proses Kiraan Undi Bermula 4 Petang, Keputusan Dijangka 9 Malam

Diterbitkan: Sabtu, 30 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pengiraan undi bagi memilih barisan kepimpinan MIC untuk penggal 2013-2016 bermula pukul 4 petang di Hotel Equatorial yang merupakan venue mesyuarat agung tahunan ke-67 MIC.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Pemandu Pemilihan, pengiraan undi bermula dengan mengira peti undi untuk calon-calon ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC), diikuti dengan naib presiden.

Jawatankuasa itu menjangkakan keputusan rasmi dapat diketahui seawal 9 malam ini.

Seramai 1,452 perwakilan selesai melaksanakan tanggungjawab mengundi yang bermula 11.15 pagi dan berakhir tiga jam kemudian iaitu pada pukul 2.15 petang.

Sepanjang proses pengundian, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Pemilihan kali ini menyaksikan pertandingan lapan pemimpin kanan merebut tiga jawatan naib presiden manakala 88 calon merebut 23 kerusi CWC termasuk dua calon wanita. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan