Pelantikan Anggota MT Umno Beri Erti Besar Kepada Generasi Muda - Irmohizam

Diterbitkan: Sabtu, 30 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pelantikan anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno dilihat antara bukti nyata kesungguhan Umno membawa generasi muda bersama dalam usaha meneruskan perjuangan parti.

Justeru Irmohizam menganggap pelantikan itu sebagai satu lagi cabaran kepadanya untuk membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Umno telah mengalami satu proses transformasi untuk memberikan peluang dan ruang lebih luas kepada generasi muda.

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku presiden Umno yang telah melantik saya selaku anggota MT yang baharu.

"Pelantikan ini sungguh besar ertinya terutama sekali bagi generasi muda di Malaysia dalam usaha untuk memastikan Umno akan terus menjadi wadah atau parti pilihan ramai khususnya rakyat Malaysia dalam kalangan generasi muda," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran iM4U oleh Najib di sini, pada Jumaat malam.

Irmohizam juga berharap dapat menyumbang idea baharu terutama bagi memartabatkan lagi perjuangan dan falsafah Umno serta objektif parti itu ditubuhkan dan yang paling penting sekali bagaimana Umno boleh dilihat memayungi setiap dasar yang diungkapkan dan diterjemahkan oleh Najib selaku Presiden Umno.

Sebagai seorang anggota Parlimen yang baru terlibat dalam sistem politik Malaysia, beliau amat yakin dengan amanah yang telah diberikan oleh Najib untuk menggalas cabaran sebagai anggota MT.

"Saya akan cuba yang terbaik untuk memastikan hasrat dan harapan beliau (Najib) ini akan dapat saya lakukan demi untuk memastikan nama baik Umno ini bertambah kuat dan lebih-lebih lagi untuk diterima oleh seluruh rakyat dan generasi muda dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang akan datang," katanya.

Mengenai pelancaran iM4U Outreach Centre Jakarta, Irmohizam yang juga anggota Lembaga Pemegang Amanah iM4U, berkata ia melambangkan keseriusan Najib selaku Pengerusi iM4U untuk menyemarakkan lagi semangat kesukarelawan di kalangan generasi muda Malaysia yang sedang belajar di luar negara.

iM4U Outreach Centre Jakarta, merupakan pusat antarabangsa ketiga gerakan sukarelawan itu, selepas London dan New York.

Ini, katanya merupakan salah satu perkara yang diberikan perhatian serius dalam program transformasi sosial yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri.

"Potensi anak-anak muda yang ada di luar negara harus digemblengkan dengan semangat kesukarelawan supaya mereka akan dianggap sebagai duta kecil Malaysia dalam usaha untuk menyemarak dan menjulang nama Malaysia dan juga bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014," katanya.

im4u Outreach Centre Jakarta, kata beliau akan memberikan lagi ruang dan peluang kepada generasi muda Malaysia di Indonesia untuk sama-sama tampil ke hadapan menggunakan platform iM4U untuk menyemarakkan lagi aktiviti sukarelawan kepada masyarakat di seluruh Indonesia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan