Mohd Johari Kekal Ketua Pemuda Rompin

Diterbitkan: Sabtu, 30 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Johari
Mohd Johari

ROMPIN: Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang Datuk Kapten (B) Mohd Johari Hussain sekali lagi menang jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Rompin selepas proses pemilihan semula diadakan buat kali ketiga di sini, Sabtu.

Beliau memperoleh 167 undi untuk mengetepikan Datuk Mohamad Shafri Ab Aziz dalam pemilihan yang melibatkan 188 perwakilan.

Keputusan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Bahagian Rompin Datuk Dr Omar Othman yang turut memaklumkan terdapat 20 undi rosak dan satu kertas undi tidak dikembalikan dalam pemilihan semula berkenaan.

Dalam pemilihan pada 12 Oktober lepas, Mohd Johari tewas dengan majoriti enam undi apabila memperoleh 133 undi manakala Mohamad Shafri pula mendapat 139 undi dengan kehadiran 280 perwakilan.

Proses pemilihan semula terpaksa diadakan pada 16 November lepas disebabkan masalah teknikal dengan keputusan Mohd Johari 172 undi dan Mohamad Shafri 15 undi yang melibatkan 202 perwakilan.

Omar turut memaklumkan Mohamad Shafri sebelum ini menghantar surat kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob untuk menarik diri dalam pemilihan yang diadakan buat kali ketiga hari ini.

Sementara itu, jawatan Pengerusi Tetap Pemuda Umno Rompin menyaksikan Zuleadi Man mendapat 183 undi mengatasi dua lagi lawannya, Hamidun Hassan dengan lima undi manakala Harudin Mohd Yusof pula gagal mendapat sebarang undi.

Timbalan Pengerusi Tetap disandang Tajudin Azali yang menang tanpa bertanding manakala jawatan Naib Ketua dimenangi Muhammad Yusmizan Md Yunus dengan 179 undi manakala lawannya Mohd Azrul Ali memperoleh enam undi.

Dalam pada itu, Setiausaha Umno Bahagian Rompin Datuk Wan Kadri Wan Mahussain berkata pihaknya menerima arahan untuk mengadakan semula pemilihan pergerakan itu disebabkan masalah teknikal. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan