Kerajaan P.Pinang Naikkan Elaun Adun Berkuatkuasa 1 Januari - Berita Semasa | mStar

Kerajaan P.Pinang Naikkan Elaun Adun Berkuatkuasa 1 Januari

Diterbitkan: Sabtu, 30 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang pada Jumaat mengumumkan kenaikan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kepada RM6,000 sebulan berkuat kuasa 1 Januari ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Jumaat, berkata elaun ketua pembangkang juga dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 sebulan.

"Kerajaan negeri sedar bahawa elaun anggota dewan undangan negeri sebanyak RM4,112.79 sebulan tidak berubah sejak Januari 2004 dan jumlah ini tidak setimpal dengan beban tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada anggota-anggota dewan undangan negeri.

"Oleh yang demikian kerajaan negeri telah bersetuju untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan)(Pindaan) 2005 supaya kadar elaun bulanan ditambah kepada RM6,000 yang akan dibayar pada 1 Jan 2014," katanya.

Pulau Pinang mempunyai 40 Adun dan 10 daripadanya adalah Adun BN yang diwakili oleh Umno.

Lim yang ditemui pemberita kemudian enggan mengulas sama ada gaji ketua menteri dan exco juga akan turut dinaikkan.

"Saya hanya sebut apa yang saya sebut dalam Dewan," katanya.

Dalam pembentangan bajet negeri itu Lim turut mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM700 kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar pada bulan depan.

"Keseluruhannya, pemberian bonus kerajaan negeri kepada perkhidmatan awam dalam tahun 2013 ialah satu bulan gaji. Guru-guru dan penyelia Kafa (Kelas Agama dan Fardu Ain) juga akan diberi sebanyak RM400 seorang," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan