Cahaya Sulaiman Menang Jawatan Wanita Umno Kalabakan

Diterbitkan: Sabtu, 30 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Jawatan Ketua Wanita Umno bahagian Kalabakan kekal milik Cahaya Sulaiman selepas memperoleh 400 undi dalam pemilihan semula sayap wanita itu yang diadakan Sabtu.

Beliau mengalahkan bekas Ketua Wanita bahagian itu, Datuk Hamisa Samat yang meraih 325 undi daripada 757 perwakilan yang hadir.

Pemilihan itu turut menyaksikan Noraini Abdul Ghapur mengekalkan jawatannya sebagai Naib Ketua Wanita Kalabakan dengan majoriti 131 undi.

Jawatankuasa baharu yang menang pada Sabtu ialah Juo Mohd Amin, Shania Sampar, Fatimah Abdullah, Salamah Maidin, Noraidah Abu Bakar, Masnah Lama, Jainab @ Zainab Ali, Suriani Lamai, Astika Tahir, Muliati Engking, Hindun Abu Bakar Titingan, Norah Sidik, Florence Unggat, Masdalipah Malik dan Yamas Nusi.

Pemilihan semula itu diadakan setelah 14 anggota jawatankuasa meletak jawatan selepas tiga hari memenangi jawatan itu pada pemilihan sayap Wanita Umno bahagian itu 12 Okt lepas kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan yang disifatkan tidak telus.

Berikutan itu pemilihan semula diadakan pada 16 November lepas, bagaimanapun sesetengah pihak mendakwa ia tidak sah sehinggalah ibu pejabat Umno mengeluarkan notis untuk mengadakan semula mesyuarat perwakilan.

Pengerusi pemilihan itu Datuk Nur Nikman Abdullah memberitahu pemberita tidak banyak perubahan dalam pemilihan semula itu dengan 11 daripada 14 orang yang meletakkan jawatan itu menang semula. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan