Bersih Akan Kemuka Petisyen, Mahu Anggota SPR Letak Jawatan

Diterbitkan: Sabtu, 30 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Maria Chin Abdullah
Maria Chin Abdullah

PETALING JAYA: Bersih 2.0 menganjurkan kempen mengemukakan petisyen yang meminta semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan atas dakwaan mereka telah gagal menjalankan pilihan raya umum yang bebas dan adil.

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu yang baru dilantik, Maria Chin Abdullah berkata mereka menyasarkan Januari untuk menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mendakwa SPR telah gagal untuk membersihkan daftar pemilih walaupun terdapat bukti jelas penyelewengan dan telah gagal untuk bertindak secara saksama.

"Kami merayu semua pesuruhjaya segera meletak jawatan dan kajian persempadanan semula dihentikan sehingga ahli-ahli SPR yang baru dilantik.

"Kami juga mahu daftar pemilih dibersihkan dan masyarakat memainkan peranan dalam proses ini," kata beliau selepas Bersih menjalankan pemilihan anggota jawatankuasa baru mereka di Perpustakaan Komuniti PJ di sini, Sabtu.

Petisyen itu akan dimuat naik dalam talian, tetapi memandangkan kekangan masa, Bersih mendapatkan sokongan daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, bukan individu.

Maria berkata pesuruhjaya pilihan raya dilantik oleh Raja dan tempoh perkhidmatan mereka berakhir pada 31 Disember.

"Kami mahu Raja dan Majlis Raja-Raja untuk mempertimbangkan permintaan kami - yang bukan sahaja datang daripada Bersih, tetapi juga daripada rakyat," katanya.

Beliau berkata Bersih sentiasa mencadangkan supaya ahli-ahli daripada masyarakat awam dan bekas hakim dilantik sebagai pesuruhjaya pilihan raya, manakala penjawat awam hendaklah dikecualikan.

Maria tidak menolak kemungkinan mengadakan Bersih 4.0 jika kebimbangan mereka tidak diendahkan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan