Abdul Khalid Nafi Bayar Tuntutan RM15 Juta Kepada Anwar - Berita Semasa | mStar

Abdul Khalid Nafi Bayar Tuntutan RM15 Juta Kepada Anwar

Diterbitkan: Sabtu, 30 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Khalid
Abdul Khalid

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jumaat menafikan dakwaan kerajaan negeri membayar tuntutan elaun dan sebagainya berjumlah RM15 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi negeri.

"Perkara itu tidak betul," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Arfaa' Eza Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama, turut menegaskan dakwaan tersebut palsu dan Abdul Khalid tidak pernah membuat sebarang kenyataan dan ulasan mengenai tuntutan berkenaan.

"Pejabat Menteri Besar sendiri tidak pernah keluarkan kenyataan mengenai tuntutan Anwar dan saya berasa hairan bagaimana isu itu boleh timbul malah mendakwa pula ia disiarkan di laman web rasmi kerajaan negeri sedangkan itu tidak benar.

"Saya telah membuat semakan dan tiada berita sedemikian disiarkan namun tidak menolak ini permainan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan keadaan sedia ada," katanya.

Beberapa laman blog baru-baru ini melaporkan Anwar didakwa membuat tuntutan kira-kira RM15 juta tahun lalu membabitkan tuntutan elaun pejabat, perjalanan ke luar negara dan perbelanjaan makan serta minum. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan