Perak Catat 5.8 Juta Pelawat Tahun Lepas, Bukan 480,000, Sidang DUN Diberitahu

Diterbitkan: Jumaat, 29 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nolee Ashilin
Nolee Ashilin

IPOH: Perak mencatatkan ketibaan 5.8 juta pelancong tahun lepas dan bukannya 480,000 seperti dakwaan pembangkang, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Beliau berkata Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) dan Nga Kor Ming (DAP-Kepayang) tersilap apabila mengatakan daripada jumlah 120.02 juta pelancong asing melawat Malaysia bagi tempoh 2008 hingga 2013, hanya dua peratus atau purata 480,000 pelancong berkunjung ke Perak.

"Jumlah dua peratus adalah merujuk kepada bilangan pelancong antarabangsa yang direkodkan sebagai penginap oleh Tourism Malaysia dan bukanlah mencerminkan jumlah pelancong secara keseluruhannya.

"Jumlah keseluruhan pengunjung ke negeri Perak untuk sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak 5,859,746 orang. Data ini disokong statistik pelancong domestik oleh Jabatan Perangkaan bagi tahun 2012 untuk Perak yang merupakan tertinggi berbanding negeri-negeri lain," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2014 negeri Perak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat.

Katanya kerajaan negeri mengambil dua pendekatan untuk pengiraan jumlah pelancong iaitu melalui statistik Tourism Malaysia yang telah diwartakan dan a statistik produk pelancongan signifikan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri optimis jumlah itu dapat dipertahan dan dipertingkat sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 yang turut mempromosikan Perak sebagai antara destinasi utama.

Mengenai isu Bukit Larut dibangkitkan Nga dan Teh Kok Lim (DAP-Pokok Assam) Nolee Ashilin berkata Taman Tulip di bukit itu tidak boleh lagi dipromosi sebagai produk pelancongan kerana bukit itu telah mengalami perubahan suhu ekoran pemanasan global serta menerima kadar hujan terlalu tinggi.

"Kerajaan Negeri akan menurunkan atau memperbetul mana-mana 'signage' berkaitan dengan promosi taman tulip sebagai satu tarikan di sana," katanya.

Beliau juga berkata mesyuarat Exco pada 13 November lepas telah meluluskan pewartaan kawasan berstatus tanah kerajaan kepada Hutan Simpanan Kekal seluas 152.98 hektar di sepanjang Sungai Sepetang dalam mukim Jebong dan Selinsing sebagai Hutan Simpan Kelip-Kelip.

Katanya selepas diwartakan ia akan diurus dan dipantau Jabatan Perhutanan Negeri Perak bagi memastikan pokok Berembang kekal menjadi perhatian spesies kelip-kelip.

"Untuk mengatasi kelip-kelip yang berkurangan, kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah melalui agensi yang bertanggungjawab termasuk menanam lebih banyak pokok Berembang di mana pada Julai lepas dengan usaha sama Universiti Kebangsaan Malaysia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan