Kenaikan Gaji Adun Selangor: Anwar Minta Khalid Beri Penjelasan

Diterbitkan: Jumaat, 29 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi penjelasan berhubung kenaikan gaji yang sangat ketara bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri itu.

Walaupun beliau bersetuju dengan semakan gaji Adun yang sudah lama tertangguh, Anwar berkata Khalid harus memberi penjelasan mengenai kenaikan gaji tersebut kepada Pakatan Rakyat dan orang ramai menerusi media.

"Saya diberitahu kenaikan tersebut agak tinggi dan beliau perlu memberi penjelasan kepada Pakatan Rakyat apakah sebab dia berbuat demikian," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata kenaikan gaji Adun Sarawak tidak boleh dijadikan sebab untuk Selangor mengambil tindakan yang serupa.

Bagaimanapun, Anwar mengakui kenaikan gaji Adun adalah bersesuaian sekiranya ia dilaksanakan berdasarkan merit perkhidmatan yang mereka berikan kepada rakyat.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas pengumuman yang dibuat oleh Khalid mengenai kenaikan gaji semua Adun Selangor pada Rabu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan