Kamar Akhirnya Bertemu Siti Aishah Selepas 30 Tahun Terpisah

Diterbitkan: Jumaat, 29 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kamar Mautum.
Kamar Mautum.

PETALING JAYA: Pertemuan yang dinanti-nantikan selama 30 tahun akhirnya dapat dilaksanakan oleh pesara guru, Kamar Mahtum apabila dia dipertemukan dengan adiknya Siti Aishah Wahab di satu lokasi rahsia di London.

Astro Awani melaporkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Seri Zakaria Sulong mengesahkan pertemuan diantara Kamar dan mangsa hamba domestik, Siti Aishah Wahab.

Kamar tiba di London untuk bertemu adiknya yang menghubungi keluarganya buat kali terakhir pada 1980, sebelum memutuskan hubungan mereka.

Difahamkan hubungan Aishah dengan keluarganya terjejas kerana penglibatannya dengan kumpulan Maoist yang diketuai oleh warga India, Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda Pattni.

Kamar dilaporkan memberikan sejadah (tikar sembahyang) kepada Siti Aishah seperti yang dimintanya dalam surat kepada keluarganya di Malaysia.

Tiada lagi maklumat terperinci didedahkan buat masa ini walaupun anak saudara Siti Aishah, Siti Zawiyah Othman memberitahu The Star bahawa saudara mereka di London memaklumkan kepada keluarga di Malaysia bahawa Siti Aishah diserang strok baru-baru ini.

Siti Aishah antara tiga wanita yang berjaya diselamatkan daripada menjadi hamba domestik lebih 30 tahun di selatan London baru-baru ini.

Terdahulu, dalam laporan The Telegraph, Kamar membaca surat yang ditujukan kepada Siti Aishah memaklumkan mengenai betapa sayangnya keluarga itu kepadanya dan berharap mereka dapat bersatu semula.

"Saya berharap dari surat ini dan hakikatnya saya datang ke London akan membuatkan adik saya sedar betapa kami sayangkan dia. Ia adalah impian dan harapan saya iaitu dalam masa terdekat kita boleh bersatu," kata Kamar.

Zakaria turut dilaporkan sebagai berkata telah berjanji untuk membantu keluarga itu untuk bertemu semula dengan Aishah.

"Kami masih belum dapat bertemu dengannya kerana polis masih menjalankan siasatan dan ia begitu rumit dan memakan masa yang lama. Apa yang kita bimbangkan adalah kebajikan dan keselamatannya. Jika dia adalah rakyat Malaysia dan ingin pulang, kami akan membantunya sedaya upaya," katanya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan