Isu Pemilihan Parti Dijangka Dibangkit Perwakilan Pada Perhimpunan Agung Umno - Tengku Adnan

Diterbitkan: Jumaat, 29 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) ketika menjawab pertanyaan media pada sidang media mengenai Perhimpunan Agung Umno 2013 di Menara Datuk Onn di sini hari ini. Bersamanya ialah Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh (kanan). -fotoBERNAMA
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) ketika menjawab pertanyaan media pada sidang media mengenai Perhimpunan Agung Umno 2013 di Menara Datuk Onn di sini hari ini. Bersamanya ialah Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh (kanan). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Isu pemilihan parti yang diadakan pada Oktober lalu dijangka akan dibangkitkan oleh para perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno 2013 yang akan berlangsung pada 2 sehingga 7 Disember ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan berkata, beliau percaya terdapat sebahagian perwakilan akan membangkitkan isu yang berlaku semasa pemilihan parti di peringkat sayap sehingga ke bahagian dan Majlis Tertinggi pada 12 dan 19 Oktober lalu.

"Apa yang kita dengar dan mendapat maklumat bahawa (pemilihan) kita adalah demokratik, mereka tidak kisah sejumlah 146,000 perwakilan yang mengundi tetapi mereka mempersoalkan tentang tiada sekatan untuk sesiapa sahaja boleh mendaftarkan diri mereka sendiri (untuk menjadi calon).

"Perwakilan mungkin tidak mahu mereka yang tidak layak dicalonkan tetapi mencalonkan diri sendiri kerana tiada sekatan sehingga menyebabkan mungkin antara mereka tidak tahu pun mengenai asas perjuangan parti.

"Dan saya percaya ini yang akan dibangkitkan oleh mereka. Apa yang kita buat adalah untuk memperkukuhkan (pemilihan) dan meletakkan keputusan lain untuk mereka yang ingin memegang jawatan bagi mereka yang memahami parti, matlamat dan pergerakannya," katanya pada sidang media Perhimpunan Agung Umno 2013 di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah isu yang akan dibangkitkan pada sesi perbahasan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 yang akan berlangsung pada 2 sehingga 7 Disember ini.

Tengku Adnan berkata, antara lain yang mungkin akan dibangkitkan oleh para perwakilan adalah masalah yang berlaku sepanjang pemilihan parti Oktober lalu.

"Kita bersikap terbuka untuk dikritik dan kita harap mereka mengkritiknya dengan wajar. Kritikan untuk perkara yang lebih baik dialu-alukan, bukan kerana mereka tidak puas hati dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan sensitif.

"Kita terima semua kritikan kerana kita mahu memastikan proses pemilihan parti untuk sesi akan datang menjadi lebih baik dan lancar. Kita sedar terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki dan ditambah baik," katanya.

Mengenai Perhimpunan Agung Umno 2013, Tengku Adnan berkata, ia dijangka akan disertai seramai 5,726 perwakilan yang terdiri daripada 2,359 penyokong Umno dan anggota sayap Pemuda, Wanita dan Puteri dengan masing-masing 989 orang.

"Dalam pada itu, kita menjemput seramai 101 perwakilan luar negara yang mewakili 32 parti politik dari 28 negara," katanya.

Beliau menambah, sebahagian perwakilan yang mewakili sayap parti masing-masing akan membahaskan isu-isu ucapan dasar presiden, ekonomi, agama dan pendidikan.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan