Gaji Adun Selangor Bukti Kerajaan PR Hanya Jaga Kebajikan Sendiri - Hishammuddin

Diterbitkan: Jumaat, 29 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hishammuddin
Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang diumumkan pada Rabu, membuktikan kerajaan pakatan pembangkang mempermain harapan rakyat dan hanya berminat menjaga kebajikan sendiri, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Naib Presiden Umno itu berkata kenaikan itu yang berkuat kuasa 1 Januari depan juga menunjukkan gabungan PKR-PAS-DAP yang membentuk kerajan negeri umpama "cakap tak serupa bikin" apabila gagal memperjuang agenda membela nasib rakyat seperti mengurangkan kemiskinan dan jurang pendapatan penduduk bandar.

"Mereka cakap tak serupa bikin, mereka tuduh kita (Barisan Nasional) macam-macam... di Selangor, rakyat terpaksa mengharungi kesusahan, kesesakan dan taraf hidup yang tinggi.

"Tindakan itu bukan saja tidak hiraukan kesusahan rakyat, malah lebih memikirkan kedudukan diri sendiri. Saya ucap tahniahlah kerana mereka berjaya menaikkan taraf ekonomi diri sendiri," katanya pada sidang media selepas perasmian Persidangan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) di sini, Khamis.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hishammuddin ditanya tentang Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 yang diluluskan persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor semalam untuk membolehkan kenaikan gaji menteri besar, exco dan Adun, dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata kenaikan itu membuktikan pembangkang sebenarnya lebih teruk daripada tuduhan yang sering dilemparkan kepada kepimpinan kerajaan BN, namun bijak mengaburi mata rakyat untuk kepentingan sendiri.

"Apabila diberikan tempat untuk memimpin, mereka bukan sahaja gagal mengotakan janji yang dibuat, malah apa yang dilakukan lebih teruk daripada yang dituduh kepada kerajaan dan pemimpin BN," katanya.

Di IPOH, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kenaikan gaji itu dilihat sebagai langkah tidak baik bagi sesebuah kerajaan kerana ia perlu memikirkan kesan dan kepentingan kepada rakyat serta aspek lain.

"Kepada kerajaan pakatan rakyat, tahniahlah kepada mereka...saya lihat itulah yang rakyat mahu, yang rakyat suka dari tafsiran mereka.

"...bayangkan sekiranya kerajaan BN mengumumkan kenaikan gaji sebegitu, apa agaknya respons rakyat dan pembangkang," katanya kepada pemberita di luar persidangan DUN di sini Khamis.

Zambry berkata Selangor tidak boleh membandingkan kenaikan gaji Adun Selangor dengan Adun Sarawak kerana di Sarawak ia perlu dinaikkan berikutan keluasan Bumi Kenyalang yang hampir menyamai keluasan Semenanjung Malaysia.

Ketika pembentangan Bajet 2014 Perak, Zambry mengumumkan kenaikan Elaun Saraan Adun daripada RM4,112 kepada RM6,000 sebulan berkuat kuasa 1 Januari tahun depan selain kesemua 59 Pusat Khidmat Adun termasuk pembangkang akan menerima bantuan bulanan RM3,000 mulai 2014.

Di JOHOR BAHARU, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menyifatkan kenaikan gaji menteri besar Selangor dan Adun Selangor itu sebagai amat tinggi.

Menurutnya tindakan itu boleh menjejaskan imej wakil rakyat kerana seseorang yang dipilih menjadi wakil rakyat seharusnya memberikan khidmat yang lebih banyak dan bukannya menerima gaji yang lebih tinggi.

"Tetapi apabila sudah terlalu tinggi (elaun) nanti ramai yang hendak jadi wakil rakyat sebab elaunnya," katanya.

Di PUTRAJAYA, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata kerajaan negeri Selangor mendakwa sentiasa bertindak adil, saksama dan mengutamakan rakyat tetapi usul kenaikan gaji dan elaun 56 Adun secara mendadak mencerminkan belang sebenar pembangkang.

Idris yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata pembangkang mengambil apa sahaja tindakan "ikut suka-suka dia sahaja" termasuk menuduh BN membawa masuk 40,000 pengundi warga Bangladesh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan meluluskan kenaikan gaji Adun kerajaan negeri Selangor.

"Rakyat Malaysia perlu berhati-hati dengan pembangkang yang sentiasa mendakwa mereka adil, saksama dan terbaik, sebenarnya tak terbaik.

"Dalam pemilihan pemimpin dalam parti pembangkang pun ada penipuan, apa lagi kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Memartabatkan Bahasa Melayu dalam Sektor Pendidikan & Latihan Teknikal dan Vokasional sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 di sini hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan