Tidak Dibenar Daftar Haji Kedua Dalam Tempoh Lima Tahun - Jamil Khir

Diterbitkan: Khamis, 28 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mereka yang baru pulang daripada mengerjakan ibadah haji tidak dibenarkan mendaftar untuk menunaikan haji buat kali kedua dalam tempoh lima tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata mereka sebaliknya dicadangkan supaya mengerjakan umrah bagi memberi laluan kepada orang lain menunaikan ibadah haji.

"Apabila sudah dibenarkan mendaftar untuk mengerjakan haji selepas lima tahun pun, mereka yang sudah mengerjakan haji, tidak akan diberi keutamaan. "Namun kelonggaran akan diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah ketika mengerjakan haji buat pertama kali seperti tidak sempat menunaikan perkara tertentu dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat.

Jamil Khir menambah kata, pada masa ini terdapat 1.3 juta pendeposit Tabung Haji yang sedang menunggu untuk menunaikan ibadah haji dan daripada jumlah itu 14,000 merupakan warga emas mengikut takrifan Tabung Haji iaitu berusia lebih 75 tahun.

Kepada soalan tambahan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas), beliau berkata kerajaan Arab Saudi menetapkan wanita yang berumur 45 tahun ke atas tidak diwajibkan untuk membawa mahram.

Dalam jawapan kepada soalan asal Che Mohamad Zulkifly, beliau berkata jumlah jemaah haji Malaysia bagi tahun 2013 ialah sebanyak 21,960 dan jumlah jemaah tertinggi ialah dari Selangor iaitu 4,372 orang diikuti Johor (2,814 orang) dan Kedah (2,158 orang).

"Sebanyak 8,689 jemaah atau 40 peratus berumur 50 hingga 59 tahun disusuli oleh jemaah yang berumur 60 hingga 69 tahun berjumlah 5,575 orang atau 25 peratus dan yang berumur 40 hingga 49 tahun berjumlah 4,604 orang atau 21 peratus," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan