Tabung Kemanusiaan SMS 13999 Bantu Mangsa Taufan Haiyan

Diterbitkan: Khamis, 28 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tengah) menunjukkan mesej yang dihantar untuk menderma bagi Tabung Kemanusian Taufan Haiyan, Khamis, sempena pelancaran tabung tersebut. Orang ramai boleh menderma dengan menaip mesej M4P 1-10 dan hantar ke 13999. -fotoBERNAMA
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tengah) menunjukkan mesej yang dihantar untuk menderma bagi Tabung Kemanusian Taufan Haiyan, Khamis, sempena pelancaran tabung tersebut. Orang ramai boleh menderma dengan menaip mesej M4P 1-10 dan hantar ke 13999. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melancarkan Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui sistem pesanan ringkas SMS 13999 bagi membantu mangsa Taufan Haiyan di Filipina.

Usaha itu mendapat kerjasama semua syarikat telekomunikasi utama serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sumbangan boleh dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas dengan menaip M4P (jarak) 1/3/5/10 untuk sumbangan bernilai RM1, RM3, RM5 atau RM10 dan hantarkan kepada 13999, bermula hari ini hingga 31 Disember.

"Keputusan melancarkan tabung dibuat sebagai tanda perpaduan pihak industri komunikasi dan multimedia bersama penduduk Tacloban yang terjejas teruk akibat kemusnahan oleh taufan Haiyan baru-baru ini," kata Ahmad Shabery pada majlis pelancaran tabung itu di sini Khamis.

Beliau berharap kempen kemanusiaan sebegini dapat menyemai budaya menderma dalam kalangan rakyat Malaysia kepada golongan yang memerlukan.

Ahmad Shabery berkata sistem itu dicontohi daripada apa yang diamal di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, semasa mengumpul dana bagi membantu mangsa taufan Katrina.

"Ini merupakan cara mudah menggalakkan orang ramai memberi sumbangan, terutama di kawasan luar bandar, kerana mereka tidak perlu ke bank atau pejabat pos untuk menderma," katanya.

Beliau berkata setiap nilai derma akan disalur sepenuhnya kepada tabung itu dan disampaikan kepada pihak kedutaan Filipina pada Januari tahun depan.

Sementara itu, Kedutaan Filipina mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerajaan Malaysia kerana menubuhkan tabung berkenaan bagi membantu mangsa taufan Haiyan.

"Sikap belas kasihan dan persahabatan Malaysia serta masyarakat di seluruh dunia banyak memberikan kami inspirasi untuk meneruskan kehidupan serta membina semula komuniti," kata Menteri dan Konsul Jeneral kedutaan Filipina Medardo G.Macaraig. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan