Sekolah Agama Di Penjara Diharap Dapat Perluaskan Cabang Pemulihan - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Khamis, 28 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Khamis berharap penubuhan Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah di Penjara Kluang, di sini, dapat memperluaskan cabang pemulihan untuk penghuni penjara sekali gus memperlengkapkan banduan dengan aspek kerohanian.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sekolah pertama yang diwujudkan di institusi penjara negara ini juga membuktikan komitmen kerajaan dalam menjana modal insan tanpa mengira tempat atau peringkat umur.

"Saya percaya penerapan agama perlu diberikan keutamaaan kerana pendidikan agama adalah nadi perubahan dan menjana kehidupan yang lebih baik kepada setiap insan.

"Penjara Kluang mempunyai seramai 2,300 orang banduan dengan 75 peratus daripadanya merupakan penghuni beragama Islam dengan kebanyakan mereka lemah pengetahuan agama," katanya dalam ucapan sempena perasmian Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah, di Penjara Kluang, Khamis.

Perasmian sekolah berkenaan disempurnakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar.

Menurut Ahmad Zahid, projek perintis penubuhan sekolah berkenaan bertepatan dengan keperluan penghuni penjara dengan mengasah bakat kemahiran, pengetahuan dan kerohanian untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran setelah dibebaskan kelak.

Katanya, penubuhannya juga selaras matlamat pembangunan modal insan negara yang ingin melihat lebih ramai profesional agama dilahirkan seperti ulama-ulama terdahulu.

Katanya adalah tidak mustahil sekiranya sekolah tersebut mampu melahirkan tokoh agama dan penghafal al-Quran yang menjadi rujukan bukan sahaja di dalam negara, malah di luar negara.

Penubuhan Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) pada 30 Ogos lepas dengan sesi pembelajaran bermula 16 September lepas.

Pada peringkat permulaannya, seramai 20 penghuni terlibat dalam pelajaran agama dan fardu ain manakala 20 lagi dalam hafazan al-Quran.

Sekolah tersebut diurus bersama Jabatan Agama Islam Johor (JAJ), MAIJ dan Jabatan Penjara dengan guru dan kurikulum disediakan JAJ dan MAIJ manakala kemudahan asas disediakan Jabatan Penjara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan