Sebuah Badan Ditubuh Kaji Secara Terperinci Kelemahan MySIKAPs - Hishammuddin

Diterbitkan: Khamis, 28 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hishammuddin
Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Sebuah badan akan ditubuhkan bagi mengkaji kelemahan penyampaian perkhidmatan sistem pengkomputeran baharu mySIKAPs Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dilancarkan 1 November lepas.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata badan itu, yang akan dianggotai pakar komputer dan syarikat berkenaan komputer termasuk IBM Malaysia, akan meneliti semula mySIKAPs sebelum dibincangkan dalam Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Penelitian secara terperinci akan dibuat oleh badan ini yang akan dijalankan dalam masa satu hingga dua minggu untuk menyelesaikan masalah mySIKAPs ini. Dan kita harap masalah itu dapat diselesaikan untuk satu jangka masa sederhana dan panjang.

"Sebenarnya masalah yang kita hadapi pada mySIKAPs ialah kelemahan pada kerangka utama komputernya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan kedua Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (Midas) di sini, Khamis.

Semalam di bangunan Parlimen, Hishammuddin berkata mySIKAPs, yang dalam peringkat percubaan, mempunyai permasalahan keupayaan sistem yang amat perlahan kerana masalah teknikal.

Hishammuddin berkata Kementerian Pengangkutan juga akan melakukan satu transformasi secara besar-besaran dengan sebahagian besarnya melibatkan JPJ, mulai tahun depan.

"Saya ingin melihat kepada perubahan yang membina di kementerian ini dan saya percaya dalam masa sebulan ini, kami sudah dapat menunaikan apa yang kami janjikan kepada rakyat dalam masa beberapa bulan saya memangku," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya juga akan mengumumkan beberapa perkara lain hujung tahun ini selain laporan penuh siasatan nahas bas di Genting Highlands yang mengorbankan 37 penumpang di KM3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos lepas.

"Menjelang akhir tahun, saya harap dapat selesaikan isu Automated Enforcement System (AES), pengeluaran laporan tragedi Genting Highlands, nahas di Kudat dan isu bantuan lesen 1Malaysia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan