Perhambaan di London: Siti Aishah 'Pelajar Yang Sangat Comel' di Kolej

Diterbitkan: Khamis, 28 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pip Ahmad Ibrahim, 73, menunjukkan gambar bekas rakan sekolejnya, Siti Aishah Abdul Wahab di Kolej Teknikal Kuala Lumpur dalam salah sebuah majalah kolejnya. - Foto SAMUEL ONG/THE STAR.
Pip Ahmad Ibrahim, 73, menunjukkan gambar bekas rakan sekolejnya, Siti Aishah Abdul Wahab di Kolej Teknikal Kuala Lumpur dalam salah sebuah majalah kolejnya. - Foto SAMUEL ONG/THE STAR.

KAJANG: Siti Aishah Abdul Wahab merupakan seorang pelajar yang 'sangat comel' dan menjadi perhatian pelajar lelaki di di Kolej Teknik Kuala Lumpur, kata bekas rakan sekolejnya.

Pip Ahmad Ibrahim, 73, berkata, Siti Aishah merupakan pelajar junior tiga tahun daripadanya dari tahun 1963-64, dan dia menuntut di jabatan ukur bahan.

"Dia seorang remaja yang sangat comel dan bijak dalam pelajaran. Semua orang mahu keluar dengan dia," kata Pip Ahmad, yang menuntut dalam jurusan seni bina.

Siti Aishah merupakan seorang daripada tiga wanita yang dijadikan hamba selama lebih daripada tiga dekad oleh pengikut kumpulan fahaman Maoist yang diketuai oleh seorang warga India, Aravindan Balakrishnan dan rakannya Chanda Pattni, warga Tanzania.

Bagaiamanapun, bagi semua pelajar lelaki, mereka sedar yang Siti Aishah hanya berminat dengan seorang pelajar lelaki bernama, Omar Munir.

Mereka kemudiannya bertunang walaupun hubungan tersebut putus di tengah jalan selepas pasangan berkenaan tidak bersetuju dengan penglibatan Siti Aishah dalam kumpulan fahaman Maoist.

"Mereka sering dilihat bersama macam belangkas. Orang lain tidak dapat mendekati mereka," kata Pip Ahmad sambil ketawa.

Bercakap kepada The Star di kediamannya di Kajang, Pip Ahmad berkata, dia tidak terlalu rapat dengan Siti Aishah dan hanya bercakap dengannya dalam beberapa majlis sahaja.

Dia berkata, abang Siti Aishah, Datuk Abdullah Bakri Wahab secara kebetulan, merupakan majikannya, tempatnya bekerja selepas tamat pengajian.

Pip Ahmad turut menunjukkan beberapa keping gambar Siti Aishah yang terdapat dalam majalah kolej mereka.

Siti Aishah merupakan bekas ahli jawatankuasa kumpulan pelajar Islam di kolej dan juga ahli lembaga pengarang penerbitan majalah kolej mereka.

Bagaimanapun, Pip Ahmad berkata gambar Siti Aishah yang dipaparkan oleh akhbar The Telegraph di Britain tidak serupa dengan wajah wanita yang dikenalinya itu.

"Saya sangat ragu-ragu ketika melihat gambar berkenaan. Saya rasa ia tidak serupa dengannya, walaupun Siti Aishah mempunyai wajar bujur sirih yang hampir sama," katanya.

Seperti orang lain, Pip Ahmad sangat terkejut apabila mengetahui Siti Aishah akhirnya menjadi mangsa perhambaan.

Bagaimanapun, seorang lagi bekas teman sekolej Siti Aishah yang enggan dikenali berkata, dia tidak terkejut apabila mengetahui apa yang terjadi terhadap rakannya itu.

"Saya tidak terlalu mengenalinya, namun saya tahu dia terlibat dengan aktiviti bawah tanah di United Kingdom," kata bekas rakan sekolej Siti Aishah yang merupakan pelajar senior tiga tahun daripadanya.

Dia berkata, Siti Aishah seorang pelajar yang baik dan pandai bersosial.

"Tidak ramai pelajar perempuan ketika itu. Sebaliknya hampir 98% pelajar adalah lelaki. Jadi mana-mana pelajar perempuan yang masuk ke sekolah berkenaan sudah pasti mereka dilihat cantik di mata kami," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan