Notis Kadar Taksiran Penilaian Hartanah Baru Akan Dikeluarkan Januari Depan - Tengku Adnan

Diterbitkan: Khamis, 28 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendengar taklimat Timbalan Ketua Pengarah Perlaksanaan Projek dan Penyelenggaraan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd Najib Mohd (kanan) pada majlis perasmian pembukaan Jalan Segambut dari Jambatan KTM hingga Ke Jalan Mont Kiara di Segambut pada Khamis. Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib (kiri). -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Notis penilaian taksiran hartanah yang dihantar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada penduduk pada pertengahan November akan kekal dan notis kadar taksiran baru akan dikeluarkan Januri depan seperti yang termaktub dalam undang-undang DBKL.

Bagaimanapun, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Khamis berkata pembayar cukai oleh membuat pilihan sama ada untuk menunggu hingga bulan Mac untuk membayarnya, sementara menunggu hasil dialog bersama penduduk.

Kajian terperinci mengenai formula pembayaran sedang dijalankan, katanya.

"Terpulang kepada penduduk sama ada mereka mahu membayar jumlah tersebut (berdasarkan bil bulan Januari) atau menunggu selepas itu," katanya selepas merasmikan persimpangan bertingkat bernilai RM48 juta di Jalan Segambut pada Khamis.

Beliau berkata tiada penalti akan dikenakan bagi pembayaran lewat pada kali ini.

"Kita merupakan kerajaan yang bertimbang rasa, kita tidak perlu lakukan seperti itu (denda kepada bayaran lewat)," katanya.

Tengku Adnan menjelaskan penilaian hartanah akan disemak semula selepas kajian selesai dijalankan dalam tempoh beberapa bulan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan