Melaka Cadang Tempatkan Pegawai Agama di Premis Judi

Diterbitkan: Khamis, 28 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan Melaka bercadang mewujudkan pos kawalan dan menempatkan seorang pegawai agama di premis perjudian di negeri itu sebagai usaha mengelak umat Islam terlibat dalam kegiatan perjudian.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata pegawai agama bertaraf pegawai syarak itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

"Kita merancang meletakkan pegawai syarak secara 24 jam untuk mencegah umat Islam di negeri ini terlibat dalam perjudian. "Tetapi kadang-kadang orang yang minat judi ini, dia akan menggunakan orang tengah...akhirnya ia berbalik kepada diri mereka sendiri," katanya menjawab soalan tambahan Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) mengenai premis perjudian berlesen yang dibuka di kawasan majoriti umat Islam pada persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di sini, Khamis.

Justeru, beliau berkata pihaknya akan menasihatkan pengendali premis perjudian terbabit untuk bekerjasama membina pos kawalan berkenaan.

Terdahulu, menjawab soalan Goh Leong San (DAP-Duyong) berhubung kegiatan perjudian mesin kuda di Melaka, Idris berkata pada tahun ini, pihak berkuasa sudah melakukan 86 serbuan ke atas premis yang dikenal pasti menjalankan aktiviti haram berkenaan.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 382 mesin dirampas membabitkan tangkapan 53 orang Melayu, Cina (27), India (6) dan Kadazan (2)," katanya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri Melaka tidak menolak kemungkinan untuk memberikan kuasa lebih besar kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi membanteras kegiatan perjudian.

Idris berkata ia merangkumi sistem mengurus dan mentadbir kelulusan penggunaan premis perniagaan supaya tidak disalahgunakan pemilik bagi kegiatan tidak bermoral. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan