KPN Sahkan Rakyat Malaysia Jadi Hamba Di London Adalah Siti Aishah

Diterbitkan: Khamis, 28 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa rakyat Malaysia yang menjadi mangsa perhambaan di London selama 30 tahun merupakan Siti Aishah Abdul Wahab, seperti yang dilaporkan oleh media United Kingdom (UK).

Khalid pada sidang media Rabu memberitahu bahawa rakan sejawatnya di UK telah mengesahkan identiti wanita itu.

Siti Aishah merupakan salah seorang daripada tiga wanita yang dipercayai dijadikan sebagai hamba selama lebih tiga dekad oleh pengikut fahaman Mao, warga India, Aravindan Balakrishnan dan pasangannya Chanda Pattni.

Siti, 69, dijadikan hamba bersama dengan seorang wanita warga Ireland yang dikenali sebagai Josephine Herival oleh media UK, dan seorang lagi wanita, Rosie Davies yang berusia 30 tahun.

Siasatan sedang dijalankan, tetapi seorang wanita warga Malaysia, Kamar Mautam Abdul Wahab dari Jelebu, Negeri Sembilan telahpun pergi ke London kerana mempercayai bahawa salah seorang mangsa itu merupakan adiknya.

Editor majalah siaran Astro Awani, Zan Azlee turut mengesahkan kepada The Star Online bahawa beliau percaya Siti Aishah itu adalah ibu saudaranya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan