Kerajaan Pertimbang Cadangan Naik Taraf Pemandu Teksi Sebagai Pemandu Pelancong

Diterbitkan: Khamis, 28 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bersedia untuk menimbang cadangan menaik taraf pemandu teksi di ibu negara sebagai pemandu pelancong.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata mereka akan diiktiraf menerusi kursus intensif yang dianjurkan kementerian bagi meningkatkan imej negara di mata pelancong asing.

Beliau berkata langkah itu dilihat dapat membantu kerajaan mengatasi masalah yang sering timbul ekoran sikap sesetengah pemandu teksi yang memberi layanan buruk kepada pelancong asing.

"Mungkin kita boleh buat (jadikan pemandu pelancong) kepada mereka yang berminat, (adakan) kursus intensif dan keluarkan kad yang menunjukkan pemandu teksi ini adalah pemandu pelancong terlatih dan diiktiraf," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini Khamis.

Beliau berkata sebelum ini, kerajaan melancarkan program Duta Teksi di sekitar Lembah Klang dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat pada Mac 2012 bagi menangani isu aduan negatif terhadap pemandu teksi.

"Hasil daripada program itu, sebanyak 4,000 pemandu teksi di sekitar Lembah Klang dilatih mengenai aspek layanan baik kepada pelancong, produk, peraturan yang perlu dipatuhi, pemanduan berhemat dan sebanyak 40 siri kursus telah diadakan kepada mereka," kata Mohamed Nazri.

Beliau berkata program sedemikian akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan pemandu teksi dapat dilatih secara profesional.

Mengenai pelancongan kapal persiaran, Mohamed Nazri berkata kementerian akan menaik taraf pelabuhan di Pulau Pinang dan bekerjasama dengan pelabuhan di Singapura bagi menggalakkan kemasukan pelancong menerusi industri itu.

"Kalau kita naikkan taraf terminal, banyakkan lorong kastam dan imigresen di Pulau Pinang ia akan lebih mendatangkan manfaat kepada kita. Turun sahaja dari kapal, mereka akan ke George Town yang banyak tempat pelancongan, hentian seterusnya mereka boleh ke Phuket, Thailand pula," katanya.

Beliau juga akan ke Singapura tahun depan untuk melawat negara itu bagi membincangkan mengenai industri pelancongan dan pelabuhan kerana Singapura menyumbang hampir 50 peratus pelancong ke negara ini.

Persidangan dewan bersambung Isnin. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan