Kenaikan Gaji Mendadak Untuk MB, Ahli DUN Selangor

Diterbitkan: Khamis, 28 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Khalid Ibrahim.
Abdul Khalid Ibrahim.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Speaker dan Timbalan Speaker akan menerima kenaikan gaji yang mendadak berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Pindaan terhadap undang-undang sedia ada telah dilakukan dan diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi kenaikan gaji itu.

Gaji untuk ahli DUN akan naik dari RM6,000 kepada RM11,250, peningkatan sebanyak 87 peratus.

Speaker yang menerima gaji RM6,109 akan menerima gaji baru berjumlah RM22,500 manakala Timbalan Speaker yang menerima gaji sebanyak RM3,327 akan menerima RM15,750.

Gaji Menteri Besar meningkat sebanyak 106 peratus iaitu dari RM14,175 kepada RM29,250.

Gaji ahli Exco pula naik sebanyak 231 peratus dari dari RM6,109 kepada RM20,250.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kenaikan gaji itu dilakukan tepat pada waktunya bersesuaian dengan peningkatan dari segi tanggungjawab di negeri ini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan