Kenaikan Cukai Taksiran DBKL Ditangguh Sehingga Mac 2014

Diterbitkan: Khamis, 28 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr J. Loga Bala Mohan.
Dr J. Loga Bala Mohan.

KUALA LUMPUR: Cadangan kenaikan cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah ditangguhkan sehingga Mac 2014.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr J. Loga Bala Mohan berkata perkara itu diumumkan dalam perbahasan peruntukan untuk kementerian itu dalam Belanjawan 2014.

Tambahnya, tarikh sebenar pelaksanaan cukai tersebut masih belum ditetapkan.

"Saya ada berita gembira untuk Ahli Parlimen terutama mereka yang tinggal di Kuala Lumpur. Pelaksanaan cukai taksiran yang baru telah ditangguhkan sehingga Mac tahun depan," katanya.

Dr Loga Bala berkata perbincangan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan akan diteruskan melalui sesi pendengaran awam bermula 17 Disember ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan