Kementerian Pertahanan Kaji Aspek Baharu Perkasakan Kedaulatan Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 28 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan mengkaji beberapa aspek baharu melibatkan hala tuju pertahanan negara dalam usaha memperkasa dan memperkukuhkan kedaulatan Malaysia.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata antara aspek itu ialah menaik taraf aset dan mengambil kira kedudukan serta kebajikan anggota dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan dijalankan awal tahun depan.

"Kita tidak boleh berpuas hati dengan kedudukan negara kita yang aman pada hari ini, tetapi kita perlu lihat bagaimana nak pastikan apa yang kita ada sekarang boleh mengelak ancaman yang akan kita hadapi. "Pembelian aset-aset dan menaik taraf perkakas serta kedudukan anggota kita dapat memenuhi kemampuan kerajaan untuk membiayainya dan pendekatan-pendekatan yang boleh menjimatkan usaha kita. Semua itu merupakan perkara yang saya harap dapat diumumkan kepada orang ramai dan saya sendiri akan memantaunya secara dekat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Persidangan Kedua Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (Midas) oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, Khamis.

Persidangan Midas 2013 yang bertemakan 'Memperkukuhkan Ketahanan Negara' itu disertai tokoh terkenal, pengamal pertahanan dan keselamatan, pembuat dasar, agensi penguatkuasaan, ahli akademik serta para pengkaji bagi membincangkan isu pertahanan dan keselamatan di Malaysia.

Hishammuddin berkata kementerian menjalin kerjasama rapat dengan ATM supaya permasalahan melibatkan pasukan keselamatan itu terutamanya dari segi aset dapat dilihat secara menyeluruh.

"Ini termasuk aset yang diperlukan mestilah memenuhi ancaman yang terpaksa kita hadapi, aset itu mestilah kita mampu untuk membiayainya. "Sekiranya kita tidak mampu membiayainya, kita akan lihat pendekatan baharu bagi memastikan keselamatan dapat mempertahankan maruah dan kedaulatan negara kita," katanya.

Mengenai persidangan itu, beliau berharap ia akan menghasilkan resolusi yang boleh menjamin keamanan dan kestabilan negara terus berada dalam keadaan baik. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan