Kalau Tak Mahu Gaji Baru Boleh Sedekah Kepada Badan Kebajikan - MB Selangor

Diterbitkan: Khamis, 28 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Khalid
Abdul Khalid

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan dakwaan yang dibuat oleh pihak tertentu termasuk ahli parti yang mengutuk kenaikan gaji mendadak bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), speaker dan menteri besar di Selangor.

Khalid mengulas mengenai Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang telah meminta kerajaan negeri menangguhkan keputusan untuk memberi gaji yang baru dengan berkata mereka boleh memilih sama ada mahu menerima gaji baru atau menderma sebahagian atau keseluruhan wang gaji untuk tujuan amal.

"Ini terpakai bagi semua. Sesiapa yang tidak berpuas hati dengan pelarasan gaji baru boleh memilih untuk tidak mengambil gaji mereka," Khalid memberitahu pemberita di lobi selepas persidangan DUN.

Sebelum itu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak memberitahu pemberita di lobi Parlimen bahawa kenaikan gaji itu patut ditangguhkan.

Azmin berkata kenaikan gaji telah dibuat tanpa berunding terlebih dahulu.

Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga secara tersirat menunjukkan bahawa kenaikan gaji yang diumumkan adalah lebih tinggi daripada jangkaan.

Mengulas mengenai perkara ini, Khalid berkata struktur gaji baru ini telah dibuat berdasarkan skala gaji baru dalam kerajaan negeri Sarawak.

"Ini bukan bermaksud gaji wakil rakyat kita meningkat lebih daripada Sarawak.

"Terdapat potongan 30 peratus daripada kenaikan mereka," kata Khalid sambil menambah gaji Ketua Menteri Sarawak ialah RM39,000 sebulan berbanding RM29,250 gaji beliau.

Di bawah struktur gaji baru yang berkuatkuasa 1 Januari 2015, gaji Adun akan dinaikkan 87 peratus dari RM6,000 kepada RM11,250 sebulan, Speaker dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (268 peratus) dan timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus).

Gaji anggota exco akan naik 231 peratus dari RM6,109.29 kepada RM20,250 manakala Menteri Besar akan mempunyai kenaikan gaji 106.4 peratus dari RM14,175 kepada RM29,250.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan