Jika Aishah Tidak Mengetahui Kewarganegaraannya Telah Hilang, Ia Akan Dikembalikan - Wisma Putra

Diterbitkan: Khamis, 28 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia masih belum mempunyai akses ke atas wanita warga Malaysia, yang dikenalpasti sebagai Aishah Wahab oleh pihak berkuasa Britain, yang telah dijadikan hamba selama lebih daripada 30 tahun di London, kata Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun, mereka akan menentukan status sebenar Aishah, sekiranya dia 'tidak mengetahui dia telah kehilangan taraf kewarganegaraan Malaysia dan 'dia tidak mengetahui' bahawa dirinya tidak memiliki kerakyatan mana-mana negara ketika berada dalam keadaan yang sangat sukar dalam tempoh 30 tahun, maka pihak kementerian akan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain untuk mengembalikan semula taraf kewarganegaraannya itu.

"Bantuan yang selanjutnya akan diberikan kepada mangsa dan keluarganya, oleh pihak pejabat pesuruhjaya tinggi," menurut kenyataan tersebut.

Pihak berkuasa Britain pada Khamis telah mengesahkan identiti wanita warga Malaysia tersebut ialah Aishah Wahab, dilahirkan pada 27 Mei, 1944.

Menurut kenyataan tersebut Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Britain akan memberi kerjasama dengan pihak berkuasa Britain dalam membantu menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

"Oleh kerana kes ini masih dalam siasatan, maklumat lanjut yang diterima adalah terhad dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Maklumat 1998 di bawah undang-undang tempatan, United Kingdom. Tiada akses terus kepada mnangsa yang dapat diperolehi setakat ini," menurut kenyataan berkenaan.

Sabtu lepas, media melaporkan wanita berusia 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan daripada perhambaan pada 25 Okt lepas di London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.

Aishah yang sebelum ini dikenali dengan nama Siti Aisyah, berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics (LSE) di United Kingdom.

Namun, ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pengajiannya.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan identiti wanita itu sebagai Siti Aishah Abdul Wahab dan merupakan individu yang dikehendaki pada 1970-an di negara ini kerana aktiviti berhaluan kiri.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan