Tiga Adun MCA Sedia Galas Tugas Exco Melaka

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tiga anggota dewan undangan negeri (Adun) MCA di negeri ini menyatakan kesediaan untuk menggalas tugas sebagai anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dan akan memberi yang terbaik jika dilantik.

Mereka juga memberi jaminan Adun yang tidak dilantik akan tetap bersama-sama membantu rakan yang dilantik berkhidmat kepada rakyat sepenuh hati.

"Kami bertiga satu barisan, tak mungkin bermasam muka atau berkecil hati... hati kami bertiga besar untuk berkhidmat demi rakyat," kata Adun Bemban Datuk Ng Choon Koon kepada Bernama, di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Beliau yang ditemu bual bersama-sama dua rakan sejawatannya iaitu Adun Machap Datuk Lai Meng Chong dan Adun Klebang Lim Ban Hong, bagaimanapun meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menunggu pengumuman Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang dijangka berbuat demikian pada Khamis.

Pada 20 November lepas, Idris dilapor berkata pelantikan angggota exco daripada MCA akan diumum selepas persidangan DUN ditangguh.

Pada masa sama Idris menegaskan bilangan yang akan dilantik dan cara pelantikan adalah di bawah bidang kuasanya selaku ketua menteri.

Melaka kini mempunyai lapan anggota exco dengan tujuh daripada Umno dan seorang wakil MIC. Lazimnya barisan exco Melaka akan turut diwakili oleh dua Adun MCA.

"Apapun ini atas budi bicara Ketua Menteri... siapa sahaja dilantik adalah yang terbaik dan beliau (Idris) mengenali kami semua," kata Lai pula.

Lim ketika ditanya sama ada beliau bersedia memegang jawatan exco, hanya tersenyum dan menjawab ringkas :"Sedia". - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan