Tak Perlu Intip, Malaysia Sedia Kongsi Risikan Relevan, Kata Ahmad Zahid Kepada Singapura, AS

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Zahid.
Ahmad Zahid.

SERDANG: Malaysia bersedia untuk berkongsi sebarang risikan yang relevan dengan Singapura dan tiada keperluan bagi negara jiran itu untuk mengintip negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Secara dasarnya, tidak ada negara lain yang cuba untuk memperoleh kerahsiaan negara lain," katanya pada Selasa.

Beliau mengulas mengenai laporan berita asing mengenai Singapura membantu Amerika Syarikat (AS) dalam aktiviti pengintipan globalnya.

Ahmad Zahid berkata, Malaysia sudah pun menghantar satu nota protes kepada AS.

"Tetapi kita sedia untuk berkongsi maklumat sekiranya perisikan priharin tentang negara ini, maka mereka (Singapura) sepatutnya menghormati kita sebagai negara jiran," katanya pada Hari Inovasi kementerian di Universiti Putra Malaysia di sini, Selasa.

Malaysia memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura untuk rundingan pada Selasa, dengan mengatakan bahawa ia "kebimbangan yang extrem" oleh laporan media bahawa negara jiran itu membantu AS untuk membuat pengintipan terhadap negara-negara jiran di Asia Tenggara.

Sebuah portal berita melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.

"Jika dakwaan terbabit dapat dibuktikan, Malaysia sudah pasti menganggap perkara itu sebagai suatu yang sangat serius yang ditolak dan dikecam keras oleh kerajaan," kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan pada lewat Isnin.

"Keselamatan dan kedaulatan Malaysia menjadi perkara paling utama kepada kerajaan. Apatah lagi kegiatan mengintip terhadap kawan baik dan jiran yang sudah pasti tidak dapat diterima dan bertentangan dengan semangat dan komitmen dalam hubungan berjiran," kata Anifah lagi.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan