Siti Aishah Dipercayai Pernah Muncul Dalam Dokumentari ITV News Pada 1997

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar wanita yang dipercayai Siti Aishah dalam rakaman video ITV News pada 1997.
Gambar wanita yang dipercayai Siti Aishah dalam rakaman video ITV News pada 1997.

PETALING JAYA: Sebuah dokumentari berusia 16 tahun terbitan ITV News menunjukkan satu usaha oleh media British untuk bertemu dengan pemimpin fahaman Maoist tersebar, dengan seorang wanita dipercayai rakyat Malaysia, Siti Aishah, 69, turut dirakamkan dalam video tersebut.

Video tersebut yang boleh ditonton menerusi laman web ITV, adalah petikan dokumentari pada 1997 mengenai kematian Sian Davies, yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkap di rumahnya yang dikongsi bersama Aravindan Balakrishnan, yang turut dikenali sebagai Comrade Bala dan rakannya, Chanda Pattni.

Dua daripada tiga wanita yang dijadikan hamba dipercayai turut dirakam dalam video ITV News itu.

Dalam video itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Josephine, yang dipercayai ITV News sebagai warga Ireland berusia 57 tahun, berulang kali mendakwa jurukamera sebagai 'sebahagian daripada orang Fasis' .

Ketika ditanya wartawan mengenai Comrade Bala, seorang wanita warga China , bercakap dalam loghat Malaysia bertanya, "Adakah anda lebih tinggi dari Mahkamah Koroner ini, segala-galanya perlu diselesaikan di sana."

Seorang lagi wanita, yang dipercayai ITV News sebagai Siti, berkata 'Kami tidak mahu bercakap dengan anda' sebelum dia menutup pintu.

Siti Aishah antara tiga wanita yang berjaya diselamatkan daripada menjadi hamba domestik lebih 30 tahun di selatan London yang didalangi warga India, Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda Pattni.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan