Sarawak Sedang Berunding Dengan Kerajaan Pusat Isu Pekerja Asing

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang berunding dengan kerajaan pusat bagi mencari jalan mengambil pekerja asing dari Bangladesh demi kelangsungan sektor ladang kelapa sawitnya.

Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing berkata, negeri itu terpaksa terus bergantung kepada pekerja asing, namun pengambilan dari Indonesia semakin sukar kerana kepesatan pembangunan industri di republik berkenaan.

"Sektor perladangan masih berdepan dengan masalah bekalan tenaga kerja dan disebabkan persaingan daripada sektor lain yang menawarkan pendapatan tinggi, orang tempatan tidak mahu bekerja di ladang," katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini Rabu.

Katanya, terdapat isu perundangan dan teknikal yang perlu diselesaikan sebelum pekerja Bangladesh terbabit dapat dibawa masuk ke Sarawak menerusi perjanjian antara kerajaan dengan kerajaan (G to G).

Walaupun pengambilan percubaan sudah bermula di Semenanjung, kerajaan Sarawak mahu memastikan proses pengambilan pekerja terbabit berjalan lancar sebelum melaksanakan perjanjian 'G to G' itu, katanya.

Mengenai langkah yang diambil oleh Felda Global Ventures Plantations (M) Sdn Bhd untuk menarik lebih ramai pekerja tempatan, Masing berkata pada masa ini 70 peratus daripada pekerjanya di Sarawak ialah warga asing.

Katanya, syarikat itu berusaha memikat lebih ramai rakyat tempatan bekerja di ladang miliknya dengan menawarkan gaji bulanan RM1,000 sebulan.

Masing berkata, Felda yang memiliki dan menguruskan kawasan ladang kelapa sawit seluas 7,680 hektar meliputi lima projek di Sempadi, Lundu, menyasarkan hasil tuaian 21.04 tan buah sawit sehektar tahun ini berbanding 20.77 tan pada tahun sebelumnya.

Menurut Masing, sebanyak RM17.5 bilion disuntik untuk pembangunan 1.19 juta hektar ladang kelapa sawit dengan RM4.42 bilion lagi dilabur dalam 63 kilang dan enam pusat penapisan yang sedang beroperasi.

Beliau berkata, bagi tempoh 2007 hingga 30 Jun lalu, industri di Sarawak menjana hasil import RM40.1 bilion selain mengutip RM2.6 bilion daripada cukai jualan sawit sejak 2002. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan