Perwakilan Pemuda MIC Dilarang Mengundi Dalam Pemilihan Parti 30 November

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga puluh lapan anggota perwakilan Pemuda MIC termasuk ketua Pemuda yang baru dipilih C.Sivarraajh dilarang mengundi pada pemilihan parti peringkat nasional pada 30 November ini berikutan beberapa keraguan yang timbul.

Ini diumumkan oleh setiausaha agung parti A.Sakthivel di ibu pejabat MIC di sini Selasa.

Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi, beliau berkata keputusan itu dibuat oleh jawatankuasa pemilihan parti berikutan dakwaan berlaku penipuan undi dan salah laku pada pemilihan sayap Pemuda MIC Kebangsaan pada 16 November lalu.

Pada pemilihan itu, Sivarraajh mendapat 278 undi, 44 melebihi undi penentangnya, timbalan ketua pemuda V.Mugilan.

"Kami terima aduan dua hari lepas, yang mendakwa berlaku penipuan semasa pemilihan. Pengadu mendakwa sembilan wakil muflis, bukan anggota, termasuk wakil yang berada di luar negara telah mengundi pada tarikh tersebut".

Beliau berkata jawatankuasa pemilihan memandang serius aduan ini, dan akan menyiasat secara mendalam.

Mengenai kemungkinan diadakan pemilihan semula, Sakthivel berkata: "Biar kami siasat dulu. Kemudian kami beritahu tarikh pemilihan". - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan