Pengarah Urusan Bank Islam, Zukri Dipilih Ahli Perbankan Islam Terbaik 2013 - Berita Semasa | mStar

Pengarah Urusan Bank Islam, Zukri Dipilih Ahli Perbankan Islam Terbaik 2013

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zukri Samat.
Zukri Samat.

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Bhd, Datuk Seri Zukri Samat dipilih sebagai Ahli Perbankan Islam Terbaik 2013 pada majlis Anugerah Kewangan Islam Global 2013 (GIFA) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada Rabu.

Majlis itu dianjurkan sempena Persidangan Perbankan Runcit Islam Sedunia kedua, di negara itu.

GIFA merupakan persidangan pertama seumpamanya dalam perbankan dan kewangan Islam. Ia dianjurkan untuk mengiktiraf dan meraikan kejayaan dan sumbangan individu dan institusi dalam industri perkhidmatan kewangan Islam.

Zukri dalam satu kenyataan berkata, anugerah itu bukan untuknya seorang, malah merupakan semangat kerja berpasukan oleh warga kerja Bank Islam, yang giat berusaha menjadikan institusi itu seperti hari ini.

"Anugerah ini menandakan satu lagi pencapaian penting kepada bank dan ia akan memberi motivasi kepada kami untuk mencapai kecemerlangan melalui inovasi," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan