MB Selangor Nafi Kadar Premium Tanah Negeri Dinaikkan

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu menafikan kerajaan negeri telah menaikkan kadar premium tanah, sebaliknya menegaskan kenaikan disebabkan perubahan nilai pasaran tanah itu sendiri.

Beliau mengakui harga semasa tanah di Selangor semakin meningkat setiap tahun dan ia adalah punca utama kenaikan kadar premium tersebut.

"Kadar premium tanah di Selangor sentiasa meningkat bukan kerana peratus pengenaan cukai tetapi nilai semasa harga tanah.

"Sebagai contoh harga tanah di Petaling Jaya dalam lima tahun lepas sehingga sekarang kenaikannya melebihi 100 peratus," katanya menjawab pertanyaan mulut Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) mengenai dasar penentuan premium tanah oleh kerajaan negeri.

Abdul Khalid berkata, kadar premium tanah negeri adalah mengikut jenis-jenis seperti ditetapkan mengikut Kaedah-kaedah Tanah Selangor 2003 (pindaan 2005) dan kadar pengiraan premium tanah adalah sama mengikut daerah tetapi berbeza mengikut kegunaan tanah.

Menjawab soalan tambahan daripada Gan Pei Nei (PKR-Rawang), Abdul Khalid berkata jika tanah yang dimiliki ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) bukan atas tujuan komersial, mereka boleh memohon kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan potongan pembayaran (kadar premium tanah) atas dasar kebajikan.

"Jika tanah itu bertujuan komersial, kita tidak boleh bagi diskaun sewenang-wenangnya, sebab kalau kita hendak bagi (diskaun), kita kena bagi kepada semua," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan