Mahalachime Gembira Akhirnya Peroleh MyKad

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mahalachime begitu ceria ketika menunjukkan MyKadnya yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Mahalachime begitu ceria ketika menunjukkan MyKadnya yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

IPOH: S. Mahalachime tersenyum lebar apabila menunjukkan MyKad kepada ibu saudaranya di kediaman mereka flat Taman Harmoni, Buntong di sini.

Dia yang berusia 12 tahun itu kecewa ketika ditemui kira-kira seminggu lalu begitu berbeza pada Selasa yang dilihat begitu ceria.

"Saya benar-benar gembira. Saya kini boleh pergi ke sekolah menengah. Saya mahu menjadi seorang guru apabila saya besar nanti," katanya dengan wajah yang berseri-seri.

Ibu saudaranya, M. Logalechumi, 28, berkata Mahalachime merupakan seorang gadis yang periang dan suka berceloteh.

"Dia rajin dan mendengar kata dan sentiasa membantu membuat kerja-kerja rumah.

"Apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menolak permohonannya untuk mendapatkan MyKad, tingkah lakunya berubah secara drastik," kata Logalechumi.

"Dia tidak dapat tidur selama tiga hari dan berkurung di dalam biliknya," tambahnya.

Logalechumi berkata, Mahalachime merupakan satu-satunya anak V. Kamlla dan P. Suburamani yang berada dalam jagaannya sejak gadis itu berusia enam bulan.

"Ibunya berusia 60 tahun dan miskin serta tidak dapat menjaganya.

"Saya menjaga Mahalachime seperti adik perempuan saya," katanya, sambil menambah bahawa ibu Mahalachime adalah kakaknya.

Kamlla merupakan seorang suri rumah yang tinggal di Jelapang manakala suaminya kini direman di Penjara Taiping menunggu hukuman bagi kesalahan jenayah.

Logalechumi, yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, dia akan mendaftarkan Mahalachime di SMK Seri Puteri sebelum sesi persekolahan dibuka.

Sabtu lalu, dilaporkan bahawa Mahalachime meminum 10ml peluntur di rumahnya kerana tertekan dengan pelbagai ejekan di atas kegagalannya untuk mendapatkan MyKad.

Dia dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan dan dibenarkan keluar Isnin.

Kamlla mengadakan sidang media pada minggu lalu, dengan mendakwa JPN mahu anaknya menjalani ujian DNA sebelum boleh mengeluarkan MyKad.

Dia mendakwa JPN percaya bahawa gadis itu berdarah campuran Cina -India bukannya India dan menafikan permohonannya, menyebabkannya tidak layak untuk mengikuti pendidikan di peringkat sekolah menengah.

Terdahulu di pejabat JPN Perak di Meru Raya, Mahalachime tidak dapat berkata-kata apabila gembira menerima MyKad miliknya dari pengarah negeri JPN, Mohd Zahari Hassan.

Dia menangis kegembiraan dan menjauhkan diri dari pemberita, dan hanya bercakap dengan mereka apabila sampai di rumah dan berasa lebih tenang.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan